PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN USIM 09/10

30 06 2009

Mohon perhatian untuk semua penghuni Kolej Kediaman Pandan,  adalah dimaklumkan bahawa semua penghuni yang membawa kenderaan perlu mempamerkan pelekat kenderaan USIM pada kenderaan mereka. Ini adalah untuk memudahkan pihak pengawal di semua kondominium (Sri Pandan-Pandan Mewah-Glenview Villa) untuk mengenal pasti kenderaan pelajar USIM.

Sehubungan dengan itu, para pelajar boleh mula mendapatkan pelekat kenderaan USIM bagi sesi 2009/2010 di Pejabat Unit Keselamatan Kampus USIM Pandan Indah bermula 1 Julai 2009. Permohonan untuk kali pertama adalah percuma manakala bayaran sebanyak RM 2 dikenakan untuk permohonan seterusnya.

Para pelajar boleh mengemukakan permohonan dengan memuat turun borang permohonan di Pandan_Glenview Yahoogroups.





Makluman Pendaftaran Masuk

23 05 2009

Dimaklumkan Dr. Aziz Marwan dan Dr. Ruhi Fadzlyana Jailani telah tamat tempoh perkhidmatan mereka sebagai felo di Kolej Kediaman Pandan (KKP). Saya bagi pihak pengurusan dan seluruh warga KKP mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Aziz dan Dr. Ruhi. Bagi menggantikan mereka dua orang felo baru sedang dilantik. InsyaAllah maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Penempatan di Pandan Mewah : Di blok 6, dua unit akan ditawarkan kepada pelajar-pelajar tahun 4 FPSK (1 unit untuk pelajar wanita dan satu lagi untuk pelajar lelaki). Sementara 3 unit lagi di blok 6 dan 3 unit di blok 5 adalah ditawarkan kepada pelajar-pelajar tahun 3 FPSK. Unit-unit pelajar lelaki dan wanita adalah berada di blok yang sama, i.e tiada blok yang hanya pelajar lelaki atau hanya pelajar wanita sahaja. Satu unit di blok 6 akan dijadikan stor dan satu unit di blok 2 akan dijadikan common room.

Saya telah mendapati ramai pelajar yang pulang bercuti dengan *tidak memulangkan kunci* atau *tidak memulangkan kunci dengan lengkap* atau *tidak memulangkan kad access di Glenview* atau *tidak mendokumentasikan pemulangan kunci*. Ini adalah satu kesalahan mengikut peraturan universiti dan perkara ini telah dimaklumkan dengan jelas sebelum cuti semester. Jadi sekarang ini terdapat pelajar-pelajar yang *menyimpan kunci rumah-rumah yang bukan tempat mereka tinggal* pada semester akan datang. Ini akan menjejaskan keselamatan secara serius. Pihak keselamatan akan mengambil tindakan kepada pelajar-pelajar berkenaan. Satu senarai pelajar-pelajar terbabit akan dikeluarkan.

Pejabat pentadbiran Kolej Kediaman Pandan telah berpindah dari Pandan Mewah ke Glenview Villa.

Prosedur melapor masuk dan keluar dari kolej kediaman pada awal dan akhir semester adalah seperti berikut :

  1. Pada waktu pejabat hari Jumaat terakhir sebelum bermulanya semester pertama, JAKSA sesuatu batch pengajian akan menghantar satu wakil lelaki dan satu wakil wanita untuk mengambil hanya satu set kunci bagi setiap unit yang akan dihuni oleh pelajar-pelajar batch berkenaan.
  2.  Pelajar-pelajar boleh masuk ke unit-unit berkenaan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
  3. Pada hari pertama pendaftaran di fakulti para pelajar akan mengambil kunci masing-masing dari penyelia kolej kediaman yang akan datang ke fakulti. Para pelajar juga dikehendaki menandatangani surat mengesahkan pendaftaran di kolej kediaman.
  4. Pada hujung semester kedua, pelajar-pelajar dikehendaki memulangkan kunci dan access card dengan lengkap dan menandatangani pengesahan keluar dari kolej kediaman. Setiap unit kediaman yang dikosongkan sebelum bercuti hendaklah dalam keadaan bersih seperti mana para pelajar memasukinya pada awal semester. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini akan menyebabkan didenda dan boleh dilarang dari menduduki kolej kediaman pada masa akan datang.

Assoc. Prof. Dr. Burhanudin Busu





Selamat Kembali!!!

22 05 2009

Pihak JAKSA KKP ingin mengucapkan selamat kembali ke Kolej Kediaman kepada para pelajar tahun 5 yang telah mendaftar masuk 18 Mei yang lalu.

Good Luck.





Clearance untuk Glenview Villa

21 04 2009

Seperti yang sedia maklum, cuti akhir semester untuk semua pelajar tahun 1 dan 2 (FPSK & FPg) akan bermula pada minggu hadapan. Sehubungan itu para pelajar adalah diwajibkan melakukan ‘clearance’ di unit masing-masing.

Penyimpanan Barang-barang

  1. Semua barang barang yang disimpan hendaklah mematuhi PERATURAN AM PENGGUNAAN STOR SEMENTARA KOLEJ KEDIAMAN PANDAN.
  2. Stor untuk penyimpanan barang akan mula dibuka bermula hari Khamis 23 mac 2008.
  3. Unit yang akan digunakan sebagai stor adalah
    Blok A : A-13-15 dan Blok B : B-16-09
  4. Para penghuni tidak digalakkan untuk meyimpan terlalu banyak barang-barang di dalam stor berkenaan.
  5. Setiap penghuni perlulah mencatatkan nama dan no. matrik masing –masing pada setiap kotak atau barang yang disimpan didalam stor bagi mengelakkan pertukaran hak milik.

Penyerahan Semula Kunci

  1. Sila serahkan kunci unit masing-masing kepada ketua unit atau wakilnya sebelum meninggalkan kolej kediaman.
  2. Ketua unit atau wakilnya adalah bertanggungjawab untuk mengumpulkan kunci-kunci tersebut dan menyerahkannya kepada pihak pengurusan KKP atau unit keselamatan USIM.
  3. Sila sertakan nama, no matrik, no telefon dan no unit bersama-sama kunci tersebut.
  4. Tarikh akhir untuk serahan kunci adalah pada 4 Mei 2009.

Pengosongan Unit

  1. Pengosongan unit perlulah dibuat dalam tempoh 5 hari selepas cuti semester bermula.
  2. Para pelajar yang terlibat dalam sebarang program dan memerlukan penginapan di kolej kediaman diminta untuk memaklumkan kepada mana-mana ahli JAKSA-KKP atau kepada pihak pengurusan KKP.

Pelajar Tahun 2 FPSK

  1. Penempatan bagi semester akan datang belum diputuskan lagi. 
  2. Maklumat lanjut akan dikeluarkan.

Adalah diharapkan semua pelajar dapat memberikan kerjasama untuk proses clearance ini.  Sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan mana-mana ahli JAKSA-KKP atau terus kepada Pejabat Pengurusan KKP.

Selamat Bercuti
Ila-al liqa wa Ma’a as-Salamah.

:)
Abdul Qayyum Bin Jumidey
Biro Perhubungan & Antarabangsa
Jaksa Kolej Kediaman Pandan Universiti Sains Islam Malaysia.





The Reshuffling and New ‘Home’

9 04 2009

Berikut adalah beberapa makluman awal berkenaan penempatan para pelajar sesi 2008/2009 di kolej kediaman untuk semester hadapan. (Tidak termasuk pelajar baharu yang akan mendaftar akhir bulan Jun ini)

Glenview Villa:  1st year FPSK & Semua Pelajar FPg

Sri Pandan: 2nd year FPSK

Pandan Mewah: 3rd year & 4th year FPSK

Sebarang infomasi terkini akan dimaklumkan kemudian.





MAKLUMAN DAN ARAHAN SEMPENA CUTI AKHIR SEMESTER 2 SESI 2008/2009

3 04 2009

 

Peginapan di Kolej Kediaman Pandan (KKP) bagi sesi 2008/2009 akan berakhir pada bulan April dan Mei 2009. Sila ambil perhatian akan beberapa perkara berikut :

 

(i)             Diminta kepada semua penghuni membuat pengesahan keluar kolej kediaman dan memulangkan kunci sebelum pulang bercuti. Sekiranya gagal berbuat demikian, denda sebanyak RM 20.00 akan dikenakan tertakluk kepada Peraturan Khas Kolej Kediaman. (Pengesahan keluar perlu dibuat dalam masa 5 hari daripada tarikh hari akhir sesi pengajian). Kaunter untuk tujuan tersebut akan dibuka di Pandan, Glenview dan Menara MPAJ. Maklumat lanjut akan dikeluarkan. Mana-mana pelajar yang perlukan penginapan pada masa cuti semester diminta berhubung dengan pihak pengurusan KKP dan akan ditempatkan di unit kediaman yang akan ditentukan.

 

(ii)             Di ingatkan kepada semua penghuni supaya membawa balik semua barangan elektrik yang tidak dibenarkan dan melanggar Peraturan Khas Kolej Kediaman.

 

(iii)           Pada cuti semester ini pihak pergurusan KKP akan membuat pemeriksaan semua unit kediaman pelajar secara menyeluruh untuk tujuan membaik-pulih dan pembersihan, Oleh itu, sila simpan barang masing-masing di dalam stor yang akan disediakan. Jika gagal berbuat demikian barang-barang akan dikeluarkan daripada unit kediaman dan mungkin akan dilupuskan. Peraturan penggunaan stor akan dimaklumkan.

 

(iv)          Penempatan / penyusunan semula kedudukan pelajar di kolej kediaman akan dilaksanakan bagi semester akan datang bergantung kepada unit kediaman yang sedia ada atau unit kediaman yang baru. Tidak ada jaminan bahawa semua pelajar akan dapat tinggal di kolej kediaman.

 

(v)           Peraturan Khas Kolej Kediaman akan digunapakai sepenuhnya mulai semester akan datang. Mana-mana pelajar yang masih belum memiliki salinan buku peraturan kolej kediaman sila berhubung dengan pihak pengurusan KKP

 

Sehubungan dengan itu, pihak pergurusan KKP mohon agar semua penghuni kolej kediaman dapat memberikan kerjasama dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang kemusykilan sila berhubung dengan pihak pengurusan KKP

PROF. MADYA DR. BURHANUDIN BUSU

Pengetua

Kolej Kediaman Pandan





Sirkit Mendaki Gunung N9

1 04 2009

logo_scmg41

 

Unit Penggalakan Pelancongan Negeri Sembilan (UPENS) dgn kerjasama Persatuan Mendaki dan Kegiatan Luar N. Sembilan (MENDAKI N9) akan menganjurkan Sirkit Cabaran Mendaki Gunung Negeri Sembilan 2009.
Sirkit kali ini akan menampilkan perlumbaan ke 3 buah gunung utama di NS iaitu Gunung Datuk, Gunung Tampin dan Gunung Angsi.

Berikut adalah  info mengenai sirkit tersebut
Info berkenaan sirkit ni spt berikut;

Tarikh;
Gunung Datuk – 4 April 2009
Gunung Tampin – 16 Mei 2009
Gunung Angsi – 27 Jun 2009

Kategori;
Terbuka – 21 ke atas
Remaja – 13 – 21 thn

Penyertaan – Terbuka RM10 Remaja RM5

Hadiah
1.RM500+plak
2.RM400+plak
3.RM300+plak
4 hingga 10. RM50

Pembayaran Yuran – 7pagi – 9pagi (pd hari pertandingan)
Waktu Pertandingan – 9.30 pagi

Kepada mana-mana pelajar yang ingin menyertai sirkit ini boleh berhubung dengan Saudara Faezuddin Year 1 FPg,  Biro Sukan & Rekreasi Jaksa KKP di talian 019-6106997